Thursday 3 April 2014

Rahsia tomato


Selamat petang..ira nak kongsi tentang tomato..huhu..sedap tu tomato..ira suke tomato..tak tahu la korang suke ke tak kan..huhu..da tak tahu nak kata ape..jum tengok at bawah ni..huhu..

Masalah Jerawat

lenyek tomato dan sapu pada kulit bermasalah.biar kering dalam 30-40 minit.bilas dengan air suam dan lakukan 2 kali seminggu.ia juga berfungsi menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak.hasilnya jerawat cepat mengecut dan kulit licin semula.

Memudarkan Bintik Hitam

potong tomato pada 2 bahagian.ambil separuh dan sapukan pada wajah bermasalah. Lakukaan sekerap mungkin untuk hasil lebih baik.

Mengecilkan Liang Pori

campur sedikit air perahan tomato di dalam kuning telur sapu di wajah dan biarkan mengering bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis.akhiri dengan bilasan air suam. Lakukan dengan kerap.

Atasi Kulit Kering

campur air perahan tomato dengan yogurt asli.jadikan sebagai masker dan sapu pada wajah dan biar kira2 30 minit.bilas dengan air suam.

Kulit Cerah Sekata

campuran jus tomato dan madu di sapu pada wajah,biarkan kering kemudian bilas dengan air suam bercampur air perahan limau nipis.

Menyingkir Lemak Tubuh

cuba amalkan makan buah tomato pada waktu pagi dan jadikan jus tomato sebagai minuman harian dengan mengamalkan meminumnya 15 minit sebelum makan kerana ianya membuat anda kenyang.

Melembabkan Kulit

lenyek tomato dan lumur pada tubuh ketika mandi.biar ianya kering sebelum di bilas dengan air bersih.lakukan seminggu sekali.

Merawat Rambut Kering dan Bercabang

lumur rambut dengan jus tomato,dan balut dengan tuala selama 15-20 minit.bilas dengan air bersih.

Atasi Masalah Kelemumur

lenyek dan sapukan pada bahagian kulit kepala yang bermasalah.biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli lebih kurang 30 minit setiap sesi.


Nak tengok dengan lebih lanjut click here.

No comments:

Post a Comment