Berbalik pada tajuk entry ira pagi ni..ira nak share ira pergi satu tempat ni..namanya Big Bowl Ice.. korang pernah pergi kan? tipu la kalau tak pernah..hahaha..jangan marah..gurau-gurau je..
Ira pergi dengan staff tempat keje ira..yang cadangkan tu serta belanja tu ialah Pei Yee..dia ni girls ok..tak ramai pun staff tempat keje ira..company kecil-kecilan la katakan.. Ira sebenarnya da lama sangat tak minum green tea yang big cup tu..kalau kat Ipoh la..boleh kata dalam seminggu tu..dua kali la ira beli..senang dapat pula tu..
Bila kat Melaka pula, asal nak beli je tak ada..hurm..so hari khamis yang lepas..kitaorang pergi Big Bowl Ice tu.. Ira pula tak habis-habis dok belek menu tu..sebab tak tahu nak order yang mana satu..tengok dalam gambar tu..semua sedap-sedap..rasa macam nak try semua pun ada..hahaa..gelojoh ye..rambang mata katakan.. Ira ni suke makan..tapi tu la..susa nak naik badan ni..
Belek punya belek..ira decide nak ambil yang Snow Ice with banana and honeydew..nama buahnya dua jenis je..tapi dapat lebih dari dua jenis tu..dan ira fikir snow ice dia putih je..rasa susu kan..bila dapat..emmmm..macam ni rupanya..
nyum..nyummm..
No comments:
Post a Comment